Saturday, 17 March 2012

Brader tukang kasut

Petang sabtu semalam after work aku ternampak sorang brader tukang kasut ni (umur dalam lewat 20an kut) tengah
repair sandal kat tepi CIMB bank puchong. Tetiba teringat lah kat kasut nike hitam putih yang dah berkulapuk dalam
kereta tak repair2 dah berbulan lamanya. "Bang, nk mintak tolong repair kasut bole?" aku tanya. "Boleh, nk jahit ke
nak gam je?" brader tu cakap. Condition kasut aku tu agak teruk la jugak kan and lagi 1 kasut adidas (hadiah besday
tunang tersayang Munira Hanim bagi) yang aku tengah pakai sekarang ni dh ternganga cikit so aku cakapla "Ada yang
nak kene jahit, yang ni (kasut yang aku tengah pakai) nak mintak gamkan bole bang? . Boleh je brader tu cakap.
Cambese lah, harga itu satu kemestian (maklumlah, tengah sengkek ni), ak pun tanyalah kat brader tu "harga camane
bang?" Ak perasan brader tu tengok atas bawah atas bawah, dalam hati aku "ni mesti kene pau ni" pastu dia sebut
harga Kalau jahit, dalam RM 15-RM 16 camtu, kalau gam tu RM 2-RM 4 je. Aku pun malas nak pikir, ak cakap "jap bang,
saya amek kasut jap". Kalau tak silap brader tu cakap dia tutup kol 6.30pm, jam henpon keras aku dh 6.22pm.Tem aku
tengah tanya2 tu ada sorang uncle chinese ni nak repair sandal dia gak.
Aku gi la amek kasut kat kete, jauh jugak menapak.aku park kete kat depan giant puchong (sebab free). Aku bagi kasut
tu pastu dia pun start repair. Teliti giler dia buat, tak lama pastu uncle chinese tadi datang balik bawa sandal
(kaler coklat) koyak dia. Brader tu stop repair kasut aku and repair sandal uncle tu. Dalam hati aku, aik bukan aku
datang dulu ke?. Rupa2nya, dia multitasking, sementara tunggu gam tu kering dia repair la sandal uncle tu. Memang
teliti keje dia, jahitan dia pun kemas aku tengok. Kejap je siap sandal uncle tu, upah dia RM 3 je. Terus dia
sambung buat kasut aku. Kaki lenguh berdiri ni, aku pun bantai la duduk kat atas store mengadap brader tu. Kitorang
start la borak2, ala bende2 bese, tinggal kat mane, datang naik apa pastu taklame datang sorang awang hitam ni
mintak repair kasut dia. Kasut ofis ntah jenama apa ntah, mamat tu cakap omputih dengan brader tukang kasut ni. Gila
arr, selambe je brader tu cakap omputih balik kat dia. Bukan calang2 brader ni, dalam hati aku. Awang hitam tu suruh
jahit pastu dia tanya la "How much?", RM 15 cakap brader tu. Bole plak dia mintak discount, dia cakap "i pay you RM
10."
Tak pasal2 kene ngan brader ni, dia cakap "Your work, or i work?" terdiam kejap si awang hitam ni. Pastu yang tak
best nya aku pun kene, mamat afrika ni cakap kat aku "Friend, let him do my shoes first, i pay you RM 10." Pergh,
silap orang doh... aku cakap balik " I have money, but i dont have time" (tak hamak aku duit kau, dalam hati) cepat2
dia mintak maaf kat aku. Pastu mamat afrika ni ciao kata nanti dia datang balik hari isnin, nampak tergesa2 dia.
Brader tu pun sambung keje dia, dah nak siap kasut aku ni tak lama datang sepasang chinese laki bini ni mintak
repairkan kasut dia siap demand ni mintak cepat sikit. Kalau tak silap brader tu cakap kene tunggu gam kering dulu
sebab tu lama. Aku rasa keje brader ni lebih kurang je cam keje aku, tapi bezanya dia nampak orangnya, aku tak
nampak, dengar suara je. Tak lama pastu, kasut aku pun siap pun sudah, berapa bang, RM 20 ak cakap. Adik bagi RM 17
je, brader tu cakap. Ingat  nak bagi RM20 pastu keep the change (bajet nk beramal jariah la) skali dalam wallet ada
RM 16 je. Adoiyai, brader tu yang beramal jariah kat aku.hahaha..

No comments:

Post a Comment